Sinopsis Chinta Arjuna

Arjuna tidak ada masa untuk bercinta kerana sibuk dengan bisnes peninggalan ayahnya. Ini menimbulkan kerisauan kepada Nenda, apatah lagi timbul gosip menuduh Arjuna mempunyai skandal dengan lelaki. Nenda telah mengaturkan satu percutian antara Arjuna dan Julia di Pulau Redang. Disana Arjuna bertemu dengan Chinta dan mengupah Chinta untuk menyamar menjadi teman wanitanya.